Wednesday 25 November 2015

Perang Bunga Ros

Bunga Ros: Bunga Kebangsaan England 

Bunga ros terkenal dengan bentuk dan baunya yang menarik. Bunga ros juga mempunyai pertalian yang sukar dirungkaikan dalam sejarah dinasti England.
  Setelah tamatnya Perang Bunga Ros, bunga ros yang dijadikan lambang ketika itu juga turut hilang bersamanya. Sehinggalah 500 tahun sebelum ini, King Henry telah mengikatkan beberapa kuntum bunga ros merah di sekeliling bunga ros putih sebagai lambang bermulanya dinasti Tudor. Bunga ros juga dijadikan judul lagu kebansaan England, iaitu " Rose of England ".

Perang Bunga Ros: Demi Menyatukan Dua Dinasti

Perang Bunga Ros (1455 - 1485) merupakan peperangan saudara untuk merebut takhta raja England di antara keluarga bangsawan pihak Lancaster dan York. York menggunakan lencana bunga ros putih sebagai lambangnya, manakala Lancaster menggunakan lencana bunga ros merah sebagai lambangnya.
  Peperangan berakhir apabila King Henry VII dari bangsawan Lancaster berkahwin dengan Ratu Elizabeth dari bangsawan York.
  Dengan perkahwinan itu, King Henry VII telah menyatukan semula kedua-dua golongan bangsawan. Sebagai simbolik, King Henry VII telah mengikat bunga ros merah bersama bunga ros putih untuk menjadi lencana bunga ros Tudor yang berwarna merah putih. Dengan itu, lahirlah satu dinasti baharu yang dikenali sebagai dinasti Tudor. 

No comments:

Post a Comment